MUHAMMAD KHAIRUL
IZZUAN BIN ABDUL KARIM
Oleh:
Sulaimi Arif
Assalammualaikum dan salam
sejahtera. Saya adalah salah seorang pelajar Diploma Pengajian Sukan
Instedt-UITM yang mendapat pengajian khusu di institusi ini. Pelbagai cabaran
yang telah saya lalui sepanjang tempoh pengajian saya disini.Saya mengambil
cabaran atau rintangan itu sebagai satu semangat untuk saya tempuhi dan lalui
dengan jitu. Saya telah memilih
Persatuan Bolasepak Negeri Johor sebagai empat untuk saya mengolah segala ilmu
yang telah dieberikan oleh pensyarah sepanjang pengajian saya di sini.Ternyata
pilihan saya adalah tepat kerana segala ilmu yang diberi oleh pensyarah telah
dipratikkan disini. Kini Saya telah
mendapat pekerjaan yang sesuai dengan pengajian yang saya miliki. Saya
ditawarkan bekerja sebagai pembant pegawai pembangunan bolasepak di Persatuan
Bolasepak Negeri Johor atau lebih dikenali sebgai Kelab Bolasepak Johor Darul
Takzim. Akhir kata, terima kasih kepada
pensyrah yang telah banyak berjasa
kepada saya sepanjang pengajian saya disini. Tidak lupa juga kepada semua yang
membantun sama ada secara langsung atau tidak langsung.
HILMAN
BIN ALIAS
Oleh:
Fazy Fazlia

NURATIKA YUSOF
Oleh: Fazy Fazlia
Tidak lama setelah tamat pengajian di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) pada 2015, memasuki industri perhotelan dengan satu misi, ‘Work hard now, so I can be lazy for life’. Gadis kelahiran Muar yang sangat cekal dan bersemangat ini memulakan kariernya sebagai Human Resource Assistant di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru pada Oktober 2015. Walaupun tiada pengalaman di alam pekerjaan, beliau menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi untuk lebih berjaya.
MAZIZ NASIRUDIN BIN MOHD
NASIR
MOHAMMAD
NORAZAM BIN NOR AZMI
Oleh: Radziatul Shima Binti
Mohd Shah

ZAILIYATON
BINTI ZAINUDIN
Oleh: Radziatul Shima Binti Mohd Shah
“INSTEDT?
Apakah itu INSTEDT? Dimanakah terletaknya INSTEDT? Di sini tempat bermulanya
detik-detik kejayaan saya sebagai seorang siswazah jurusan diploma perakaunan.
Berasal dari perkampungan kecil di Port Dickson, saya menerima tawaran dari
pihak INSTEDT di Bandar Penawar, Johor dengan hati terbuka. Kejayaan demi
kejayaan dikecapi antaranya menerima Anugerah Ketua Eksekutif sebanyak empat
kali hasil daripada didikan para ilmuan INSTEDT yang tidak pernah berputus asa
memberi tunjuk ajar, dorongan, panduan dan sehingga ke saat akhir saya sebagai
siswazah di sini. Kini saya memperoleh kerjaya yang mencakupi bidang saya,
sebagai pemangku pentadbiran di salah sebuah syarikat kenderaan terkemuka di Petaling
Jaya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja INSTEDT yang
bekerjasama melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing tinggi selaras
dengan misi menaik taraf kepada kolej universiti pada satu hari nanti. Akhir
kata dari saya, tidak perlu memandang pada rupa dan nama di mana tempat kita
belajar tapi pandanglah pada kejayaan yang boleh dikecapi untuk diri dan keharuman
nama kolej ini.”