Oleh: Zulkifli Bin Zaini
1. Latih minda melupakan
kenangan pahit
Mengaku saja anda sering merasa
sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori
silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang
mungkin. Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita anda,
keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua
memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan
perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh
dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang sikap risau
Ada dua kesan dari sikap risau.
Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang
sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar rajin bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang
anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap.
Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan
rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin,
seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat
banyak kali dalam sehari.
4. Belajar menjadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan
hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa.
gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya,
meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri
anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap
diri anda satu ketika dulu.
No comments:
Post a Comment