Tuesday, 3 May 2016

INSTEDT MEMENUHI KEPERLUAN

Oleh: Nur Hidayah

5 Januari 2015, INSTEDT-  Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan usahasama Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan INSTEDT telah mengadakan kempen derma darah yang bertempat di General Ward, INSTEDT. Seramai 10 kakitangan HSA yang terdiri dari pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, juruteknologi makmal perubatan, ketua jururawat, jururawat, pembantu perubatan kesihatan dan pemandu ambulans telah menjayakan kempen ini. Kempen yang bermula pada 9.30 pagi dan tamat pada 4.00 petang ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari  penduduk Bandar Penawar, pelajar-pelajar serta kakitangan INSTEDT yang turut memberi bantuan dalam menderma darah. Penderma telah diberi cenderahati untuk dibawa pulang selepas selesai menderma darah.


No comments:

Post a Comment