Oleh: Zuraini
Sektor perbankan Islam yang mengalami pertumbuhan pesat menawarkan
peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk negara ini berikutan hasrat
kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. Perkara ini telah
mendorong INSTEDT untuk mengambil peluang dan kesempatan untuk mewujudkan
program Diploma Perbankan Islam bagi melahirkan graduan yang layak memenuhi
kehendak pasaran kerja. Sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip
Syariah dan didukung oleh sistem ekonomi Islam kini semakin berkembang sebagai
tren terkini senario perbankan global. Program
ini juga bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai kefahaman dan
penguasaan di bidang perbankan dan kewangan Islam tanpa mengabaikan pengetahuan
di bidang perbankan konvensional. Graduan yang bakal lahir juga mampu
mempraktikkan ilmu perbankan Islam bagi memantapkan sistem perbankan Islam di Malaysia sekaligus dapat membina
tenaga kerja yang berkualiti bagi keperluan pembangunan ekonomi negara. Permintaan
terhadap perbankan Islam dan pelaburan berlandaskan syariah menyebabkan graduan
lulusan bidang ini sentiasa diperlukan oleh pasaran kerja. Antara kerjaya yang
menanti lulusan perbankan Islam adalah pegawai bank, pegawai kewangan, dan
pegawai di pelbagai jabatan kerajaan.
assalamualaikum.
ReplyDeletesaya mahu bertanya. adik saya baru sahaja menerima tawaran bachelor pentadbiran dan perbankan islam di UITM. pada pendapat tuan/puan, adakah bidang ini mempunyai demand di masa hadapan?