Oleh: Nurunnadiah
30
Mac 2015, INSTEDT- Perpustakaan INSTEDT telah mengendalikan sebuah Kelas
Kemahiran Maklumat kepada pelajar-pelajar semester baru. Kelas itu bertujuan
memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik mengakses maklumat menerusi ebrary, online database, dan
sumber-sumber elektronik yang lain. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh
pustakawan INSTEDT Cik Nurunnadiah Baharum. Ebrary
merupakan sebuah buku elektronik yang boleh digunakan oleh pelajar pada
bila-bila masa di mana sahaja selagi mempunyai hubungan dengan rangkaian
internet. Selain itu, setiap pelajar juga dibekalkan dengan username dan
password untuk mengakses ebrary.
Menerusi kelas ini pelajar diberi peluang untuk mengakses sendiri ebrary di komputer menggunakan akaun
masing-masing, dan sesi soal jawab dibuka untuk memastikan pelajar memahami
cara untuk menggunakan ebrary. Ebrary memudahkan pelajar untuk
melakukan pencarian buku secara elektronik. Selain itu, bahagian perpustakaan
sentiasa mengalukan kedatangan pelajar yang ingin bertanya mengenai penggunaan ebrary atau online database di perpustakaan melalui mana-mana pustakawan
INSTEDT.
No comments:
Post a Comment