Tuesday, 3 May 2016

KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Oleh: Nuraisah


12-14 Jan 2015, INSTEDT- Kempen Jom Hidup Sihat anjuran Hal Ehwal Siswa (HES) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) INSTEDT  telah berlangsung di Lobi INSTEDT. Kempen ini telah dirasmikan oleh Pemangku Pengurus HES, Puan Anikhoh Rusda binti Kamarulzaman. Seluruh warga INSTEDT telah menyertai kempen ini. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai cara penjagaan hidup sihat. Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah diadakan adalah jualan produk kesihatan, pameran kesihatan daripada Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan, kuiz berkaitan kesihatan dan juga edaran risalah-risalah kesihatan.

No comments:

Post a Comment