Oleh: Fahmi
Jaes
25 Jun 2014, Larkin, Johor
Bahru. Institut Sains dan Teknologi
Darul Takzim (INSTEDT) dengan kerjasama Jabatan Usahahama UiTM & Jabatan
Pengurusan dan Perakaunan telah mengadakan Hari Setiausaha 2014 bertempat di
Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bahru.
Bertemakan ‘Profesional &
Elegan’, ceramah disampaikan oleh Puan Maryanni Masarip dari Training Cube
International dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Mat Jizat bin Abdol,
Ketua Eksekutif INSTEDT. Seramai 95
orang pelajar INSTEDT terdiri daripada empat kursus iaitu Diploma Pengurusan
dan Teknologi Pejabat semester empat seramai 37 orang pelajar, Diploma
Kesetiausahaan Undang-Undang semester empat seramai 12 orang pelajar, Diploma
Kesetiausahaan Kesihatan semester tiga seramai 26 orang pelajar, dan Diploma
Pengurusan Perniaggan semester empat seramai 20 orang. Program Hari Setiausaha ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada pelajar mahupun staf mengenai cara mengurus perhubungan
profesional, mengurus jadual bos, mengurus kualiti kerja dan membina gaya
komunikasi berkesan.
No comments:
Post a Comment