Monday, 2 May 2016

PROGRAM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT (LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES)

Oleh: Nurulafiqah


22 April 2014, Bandar Penawar.  Penganjuran Program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dianjurkan secara serentak di seluruh negara oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.  Perpustakaan INSTEDT telah turut mengambil bahagian dalam program ini.  Program ini diilhamkan daripada sambutan ‘Earth Hour’ di mana dalam program ini semua lapisan masyarakat bersama-sama berhenti sebentar dari membuat sebarang aktiviti dan membaca selama 10 minit secara serentak.  Motif penganjurannya adalah sebagai satu langkah awal bagi rakyat untuk memulakan budaya membaca bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikannya budaya amalan seharian.  Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan sinergi yang cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Program ini berjaya mendapat sambutan dari warga INSTEDT apabila terdapat kakitangan dan pensyarah INSTEDT hadir memberi sokongan.  

No comments:

Post a Comment