Oleh:
Nadiah Shamsuddin
19 Ogos 2015, Felda Ulu Tebrau - Duta Jauhar merupakan sebuah
program Kerajaan Negeri Johor di bawah
perlaksanaan Yayasan Pelajaran Johor yang melibatkan penyertaan Mahasiswa Anak
Johor daripada 13 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia termasuk
pelajar-pelajar Diploma Kejururawatan INSTEDT. Program cetusan idea YAB Dato'
Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor ini adalah bertujuan untuk
membangunkan sosio ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa.
Mahasiswa ini telah berkampung selama 3 hari, 4 malam di Felda Ulu Tebrau, Ulu
Tiram bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, beramah mesra dengan
penduduk Felda ini sekaligus
meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan.
Program ini juga mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MPJBT, Pejabat Kawalan
Vektor dan Alam Sekitar Pejabat Kesihatan Ulu Tebrau, Sawari Felda, IM4U,
remaja – remaja kampung dari Sekolah
Menengah Ulu Tebrau dan penduduk kampung serta individu-individu yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment