Monday, 2 May 2016

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

Oleh: Nuraisah


18 September 2014, Bandar Penawar.  Kolej INSTEDT telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Bahagian Hal Ehwal Siswa & Majlis Perwakilan Pelajar INSTEDT bertujuan untuk menerapkan sifat tanggungjawab pengguna jalanraya terhadap keselamatan diri . Kempen ini penting bagi pengguna jalan raya untuk sentiasa peka dan prihatin dengan peraturan yang telah ditetapkan bagi keselamatan bersama di jalan raya. Seramai 150 orang pelajar dan 30 kakitangan terlibat dalam perasmian program ini. Terdapat 3 orang Pegawai Polis Trafik dari IPD Kota Tinggi telah hadir untuk menyokong kempen ini. Kempen ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Mat Jizat bin Abdol.

No comments:

Post a Comment