Oleh:
Nurhidayah
20
Ogos 2014- INSTEDT. Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bahru dengan usahasama Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan INSTEDT telah
mengadakan kempen derma darah yang bertempat di General Ward, INSTEDT. Seramai
10 kakitangan HSA yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai
perubatan, juruteknologi makmal perubatan, ketua jururawat, jururawat, pembantu
perubatan kesihatan dan pemandu ambulans telah menjayakan kempen ini. Kempen yang
bermula pada 9.30 pagi dan tamat pada 4.00 petang ini mendapat sambutan yang
amat menggalakkan dari penduduk Bandar
Penawar, pelajar-pelajar serta kakitangan INSTEDT. Penderma telah diberi
cenderahati untuk di bawa pulang selepas selesai menderma darah.
No comments:
Post a Comment