Oleh: Laila
16 September 2014, Bandar
Penawar. Sempena menyambut Hari Malaysia
yang ke-51, Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desaru Utama (Jalan Meranti) telah
mengadakan aktiviti bergotong-royong. Untuk memeriahkan lagi aktiviti tersebut,
pelajar pengajian sukan (SR113) semester 1 telah dijemput untuk mengetuai
senaman aerobik sebelum aktiviti bergotong-royong. Tujuan senaman aerobik ini
dijalankan adalah untuk menyediakan
tubuh badan sebelum berkerja. Seramai 15 orang pelajar yang diketuai oleh Nelly
Izati binti Jafridin terlibat dalam senaman aerobik ini. Antara senaman yang dilaksanankan
adalah ChiGOng, Zumba, dan Cardiokick. Aktiviti komuniti seperti ini
seharusnya dikekalkan oleh pelajar. Hal
ini kerana, selain daripada melibatkan
diri dalam aktiviti kolej, pelajar perlu berinteraksi dan bersosial dengan
penduduk setempat. Menjalinkan hubungan dalam komuniti Bandar Penawar ini
memberi kelebihan kepada pelajar untuk terus maju bukan hanya dalam akademik
tetapi membentuk sahsiah diri juga. Dengan
membawa nama baik kolej INSTEDT ini, maka, produk hasil daripada kolej ini
menjadi lebih berkualiti.
No comments:
Post a Comment