Oleh: Zuraini Othman
9 September 2015, INSTEDT- Seramai 60 orang pelajar yang mengambil subjek Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan(PEKEKWA) telah membuat persembahan akhir di lobi kolej. Persembahan ini adalah untuk melengkapkan tugasan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini. Persembahan ini terdiri daripada pelbagai jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Antara tarian-tarian yang dipersembahkan ialah Joget, Zapin, Sumazau, Endang, Jawa, dan Dikir Barat. Persembahan ini terdiri daripada para pelajar semester 4 dari pelbagai program yang dibimbing oleh Penasihat Persatuan ini iaitu Puan Zuraini Binti Othman dan Encik Zulkifli Bin Zaini.
No comments:
Post a Comment