Oleh: Ruazliana
Sains Komputer merupakan salah satu
jabatan yang bernaung di bawah Institut Sains Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
sejak di awal pengoperasiannya. Di bawah
jabatan Sains Komputer menawarkan kursus Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma
Media Grafik Digital. Peningkatan bilangan pelajar yang berdaftar adalah
sejajar dengan perkembangan pesat teknologi dan perubahan keperluan dalam
industri perkomputeran. Bidang
teknologi maklumat merupakan bidang yang semakin penting berdasarkan penggunaan
maklumat yang meluas dalam media dan komunikasi kini. Program
ini khusus ditawarkan kepada individu yang bercita-cita menempa nama dalam
bidang teknologi maklumat (IT). Modul pembelajaran yang diterapkan 100%
menumpukan kepada aspek praktikal dan pembelajaran dalam makmal. Matlamat utama
program ini adalah untuk melahirkan pengaturcara mahir yang akan menjadi tulang
belakang kepada matlamat pembangunan MSC.
Perkembangan pesat dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadikan ICT satu keperluan dan permintaan bagi tenaga pekerja ICT meningkat secara mendadak, dan ianya untuk membolehkan penggunaan teknologi sedia ada yang juga digunakan untuk membangunkan teknologi-teknologi lain pada masa akan datang. Seperti yang dilaporkan dalam kajian Keperluan Tenaga Kerja untuk Menyokong Penyebaran dan Aplikasi ICT di Malaysia, “kemahiran teknikal diperlukan bagi menjadi pentadbir Local Area Network (LAN),sokongan teknikal PC, pengaturcara PC dan pengkomputeran server pelanggan”. Untuk memenuhi keperluan bagi peningkatan permintaan tenaga pekerja ICT, pelbagai usaha telah dilakukan dan INSTEDT salah satunya telah mengambil langkah mewujudkan kursus pembelajaran Dipoma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan IT yang berkualiti tinggi sekaligus memenuhi kehendak permintaan tenaga pekerja dalam industri ICT.
Mengikut laporan dari JobStreet.com, pasaran kerja dalam
industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas
selepas industri Pembuatan dan Elektronik. Ini menunjukkan bahawa peratus
popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut
artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga
memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang
patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada
graduan IT dan Sains Komputer.
Program Diploma Teknologi Maklumat menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat, menyokong pelayan dan multimedia interaktif yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Graduan bagi program Diploma Teknologi Maklumat mempunyai peluang kerjaya dalam persekitaran kerja terutamanya yang melibatkan bidang pengkomputeran. Suasana pembelajaran yang kondusif dengan penekanan kepada konsep pembelajaran secara praktikal membolehkan graduan daripada golongan akademik ini bekerja di dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Selain itu, dengan pengiktirafan yang telah diberi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia serta MQA kepada INSTEDT, graduan layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti tempatan tertakluk kepada syarat kemasukan ditetapkan oleh universiti berkenaan
Pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi membolehkan graduan daripada program ini mengambil bahagian dalam
pasaran dan antara jawatan yang boleh disandang oleh graduan adalah:
- Pengaturcara Aplikasi Komputer
- Pengaturcara Internet
- Pengaturcara Web
- Pengaturcara Pangkalan Data
- Pembantu Penganalisa Sistem
- Pembangun Perisian
- Pentadbir Pangkalan Database
- Penguji Perisian
- Pengaturcara Sistem
- Pereka
bentuk sistem/komputer
- Pereka
bentuk web
- Pereka bentuk, tipograf
- Juruteknik
- Pegawai Sokongan teknologi maklumat.
- Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Pentadbir Sistem
- Pentadbir Keselamatan Rangkaian
- Penganalisa Sistem Keselamatan
- Perunding Keselamatan
- Pengurus Projek
Sebagai
bukti lahirnya graduasi-graduasi INSTEDT yang berkualiti dan memenuhi kehendak
industri ICT, berikut merupakan alumni yang telah berjaya menempah nama dalam
industri:
No comments:
Post a Comment