Monday, 2 May 2016

PELUANG KERJAYA GRADUAN DIPLOMA KESETIAUSAHAAN KESIHATAN

Oleh: Nurhidayah Binti Mazlan


Peluang pekerjaan terbuka luas kepada graduan daripada program Diploma Kesetiausahaan Kesihatan yang juga merupakan program baru yang ditawarkan di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim. Program yang berkelayakan tiga kepujian dan lulus subjek sains atau mana-mana matapelajaran sains tulen dalam SPM ini mampu menyediakan graduan yang berdaya saing dan komited dalam pengurusan terutama yang berkaitan perubatan.  Berlandaskan pengalaman  dan pengetahuan yang luas dalam bidang kesihatan, INSTEDT menyediakan pensyarah yang mempunyai kriteria yang bersesuaian dengan skop pembelajaran yang selari dengan kehendak pekerjaan.  Graduan yang bakal lahir dari pucuk bimbingan kolej ini layak menempatkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan yang luas.  Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi seperti Medical Secretary, Medical Transcriptionist, Medical Record Secretary, Medical Affice Receptionist, Dental Secretary, Physician Office Specialist, Surgery Scheduler, Insurance Specialist, Rehabilition Secretary Assistant, Rehabilition Secretary, Medical Voucher Clerk, Clinic Clerk, Admission Clerk, Underwriting Clerk, Medical Billing Coder, Medical Billing Specialist.

No comments:

Post a Comment