Oleh: Zuraini
16
November 2014, Johor Bahru. Institut Sains dan teknologi Darul Takzim telah
mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-9 yang dirasmikan dan
disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed
Hussein Bin Abdul Kadir Al-Habshee, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej. Seramai 297 graduan dari tujuh program yang
telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA menerima diploma dalam istiadat
konvokesyen ini. Antaranya ialah Diploma
Kejururawatan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma
Perhotelan, Diploma Pelancongan, Diploma Teknologi Pejabat, dan program baru
yang telah mendapat akreditasi penuh dari MQA iaitu Diploma Kesetiausahaan
Undang-undang. Istiadat konvokesyen yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen
Persada Johor ini juga telah mendapat liputan daripada pelbagai media. Apa yang membanggakan ialah kejayaan dua
orang graduan yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ketua Eksekutif
iaitu pelajar
jurusan Diploma Teknologi Maklumat, Mohamad Hazeli bin Mohd Hafiz Nganli yang telah
berjaya menamatkan pengajian diploma dengan keputusan yang yang cemerlang iaitu
PNGK 3.72 dan penerima Anugerah Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara
iaitu Sofia Binti Jaamad.
No comments:
Post a Comment