Monday, 2 May 2016

PROFIL PILIHAN INSTEDT

Nama
Dr. Siti Nurhani bt Ramli
Asal-usul
Anak kedua daripada lima orang adik-beradik.
Kelahiran Tembilahan Sumatera, Indonesia.
Suku bangsa Bugis dan dibesarkan di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Latar belakang pendidikan         
Pra sekolah, sekolah pondok (sekolah asrama).
Ijazah di Universitas Hasanuddin.
Ijazah di Universiti Al-Azhar Kaherah di fakulti Dirasaat Islamiyyah Wa Al-Arabiyyah
(Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab)
tajaan biasiswa Kerajaan Republik Mesir.
Atas pencapaian cemerlang setiap tahun turut mendapat
biasiswa oleh Persatuan Cendekiawan Muslim Indonesia.
Sarjana (master) di Indonesia atas biasiswa daripada
Kementerian Agama Indonesia.
Bersama restu Allahyarham ayahanda dan Allahyarhamah bonda,
diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)
di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan mendapat biasiswa skim Zamalah UKM sehingga tamat pengajian dan diisytiharkan oleh senat UKM,
layak menggunakan gelaran Doktor Falsafah (PhD).
Pengalaman bekerja
Eksekutif Akaun merangkap setiausaha di syarikat persendirian bapanya.
Penolong Pensyarah di Fakulti Sastera, Jabatan Asia Barat, Universitas Hasanuddin.
Tutor di Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Guru Agama dan dilantik dengan jawatan sebagai
Penolong Pengetua di salah satu sekolah agama swasta di Putrajaya.
Pensyarah Pengajian Islam Dan Bahasa Arab (2008)
Ketua Jabatan Bahasa dan Pengajian Islam (2010)
di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) sehingga sekarang, sekaligus sebagai salah seorang ahli yang menyusun penubuhan program Diploma Pengajian Islam.
Anugerah yang diterima
2012-  Anugerah  Kakitangan  Cemerlang  Kakitangan Berpersonaliti.
2013: Anugerah Ketua Jabatan Cemerlang.

No comments:

Post a Comment