Monday, 2 May 2016

Table D’hote Menu Experience

Oleh: Noor Aishah


INSTEDT- Pelajar semester 3 dan semester 5 Diploma Pengurusan Perhotelan telah menjalani kelas praktikal pengurusan restoran dan dapur yang diadakan di Mock Restaurant dan Mock Kitchen  Kolej INSTEDT pada 20 Ogos 2014 sehingga 17 September.  Seramai 43 orang pelajar telah terlibat dalam program ini.  Pelajar semester 3 memainkan peranan di bahagian pengurusan restoran manakala pelajar semester 5 mengendalikan pengurusan dapur.  Menu yang ditawarkan adalah berkonsepkan Table D’hote.  Pelanggan restoran ini adalah terdiri daripada pelajar dan staf kolej INSTEDT.  Objektif utama program praktikal ini diadakan untuk memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan teknik-teknik pengendalian makanan yang telah dipelajari di  dalam kelas di samping mendedahkan pelajar terhadap situasi sebenar alam pekerjaan khususnya dalam bidang pengurusan makanan.

No comments:

Post a Comment