Ucapan
Kata Aluan,
Prof.
Madya Dr. Hj. Mat Jizat Bin Abdol
Ketua
Eksekutif
Institut
Sains Dan Teknologi Darul Takzim
Alhamdulilah
bersyukur kehadrat Ilahi bertemu lagi dalam Buletin INSTEDT Edisi ke-10. Semoga
semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan baik. Saya selaku Ketua Eksekutif
INSTEDT ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada para graduan Institut Sains dan
Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) yang telah berjaya menamatkan pengajian selama
2 tahun setengah di sini. Jutaan tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan
seluruh kaum keluarga yang telah memberikan sokongan dan dokongan atas kejayaan
anak-anak mereka dalam pengajiannya di INSTEDT.
INSTEDT sebagai sebuah kolej bumiputera telah melahirkan graduannya yang
berkualiti setaraf dengan keperluan pekerjaan masa kini dan setaraf dengan
institusi pengajian tinggi yang lain. Hal ini terbukti pada tahun 2015 ini
sahaja seramai 308 orang pelajar telah menamatkan pengajian diploma mereka di
INSTEDT dalam bidang masing-masing.
Pada
tahun 2015 ini juga seramai 65 orang pelajarnya telah mendapat Anugerah Graduan
Cemerlang dan tiga orang dianugerahkan Anugerah Khas Pengerusi. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang
berjaya. Selain itu, saya ingin memaklumkan juga bahawa
INSTEDT telah mengekalkan pencapaian Gred A hasil penilaian Audit Kualiti
Akademik Kolej-Kolej Bersekutu daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun
2010 hingga 2015 ini. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan kolej dan semua
warga INSTEDT atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan bagi menjamin
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semoga prestasi pencapaian ini dapat terus
dikekalkan.
Akhir
kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menerbitkan dan menjayakan penerbitan Buletin edisi kali ke-10 ini. Dengan
kesinambungan penerbitan buletin ini, saya yakin semua warga INSTEDT dan
masyarakat luar dapat berkongsi info
terhadap perkembangan aktiviti yang merupakan wadah bagi warga INSTEDT
mencetuskan idea untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment