TAZKIRAH DAKWAH DAN
KOMUNIKASI
TAMBAH KEYAKINAN PELAJAR
Oleh : Noorain
18 Ogos 2016. Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar. Seramai sepuluh
orang pelajar Diploma Pengajian Islam semester 5 telah menyampaikan tazkirah
terbuka di Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar. Tazkirah ini telah dikendalikan
oleh Pensyarah Pengajian Islam iaitu Ustazah Najwa Bt Mohd Salleh. Tazkirah
yang diadakan ini bukan sahaja
sebagai kredit pembelajaran kepada pelajar semester 5, malahan sebagai satu
nilai tambah untuk meningkatkan keyakinan para pelajar pengajian Islam
semester akhir. Dengan adanya program seperti ini juga boleh melahirkan modal insan
yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran masa kini.