Tuesday, 3 May 2016

SAMBUTAN HARI JURURAWAT

Oleh: Nadiah Shamsuddin


30 Mei 2015, Bandar Penawar – Bersempena dengan sambutan Hari Jururawat sedunia bertemakan "Nursing, A Force For Change : Care Effective, Cost Effective” yang disambut pada bulan Mei, seramai 174 pelajar Diploma Kejururawatan bersama-sama dengan pensyarah  serta Klinikal Instruktor Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan menghadiri Majlis Sambutan Hari Jururawat yang diadakan di Dataran Tasik di Bandar Penawar. Majlis bermula dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan negeri Johor serta dibuka dengan persembahan silat oleh wakil jemputan daripada Diploma Pengajian Sukan. Majlis dirasmikan oleh Puan Rubiah binti Mohd Tom selaku Ketua Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan. Dalam ucapan, beliau amat menekankan tentang tanggungjawab sebagai seorang jururawat dalam menjalankan tugas, para pelajar juga diingatkan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita dan matlamat masing-masing. Majlis perasmian dijalankan bersama dengan pemotongan pulut kuning oleh beliau dan disusuli dengan pemberian cenderahati kepada perasmi. Majlis protokol ini diakhiri dengan bacaan ikrar oleh saudara Mohd Firdaus Hazim bin Ahmad Norrashid, wakil pelajar Diploma Kejururawatan Semester 6. Kemudian, majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti ranting ucapan, roda impian, catch me game, giant bubble, cup castle game, cabutan bertuah serta persembahan nasyid dan parodi daripada para pelajar Semester 2.

 

No comments:

Post a Comment