Monday, 2 May 2016

PROGRAM “SEHARI BERSAMA JURURAWAT INSTEDT”

Oleh: Nurhidayah


19 Disember 2014, BANDAR PENAWAR. Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan INSTEDT telah berjaya menganjurkan program “Sehari Bersama Jururawat INSTEDT.” Program ini disertai oleh 18 pelajar tingkatan lima dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas,  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim. Program ini diadakan untuk mendedahkan pelajar sekolah tentang tugas-tugas hakiki seorang jururawat dalam merawat dan menjaga pesakit serta perjalanan kerjaya mereka. Pelbagai aktiviti telah diselitkan bagi menimbulkan minat pelajar terhadap kerjaya jururawat. Program ini berjalan dengan lancar dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang.  







No comments:

Post a Comment