Tuesday, 3 May 2016

TAKLIMAT KERJAYA BAGI PELAJAR DMS SEMESTER 3 DAN 4

Oleh: Nur Hidayah Mazlan

19 March 2015, Kluang- KPJ Kluang Utama Sepcialist Hospital dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan INSTEDT telah mengadakan taklimat kerjaya untuk pelajar Diploma Kesetiausahaan Kesihatan. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Fawziah binti Muhammad, General Manager, KPJ Kluang Utama Sepcialist Hospital. Program ini disertai oleh 36 pelajar Diploma Kesetiausahaan Kesihatan dari semester 3 dan 4. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang tanggungjawab serta peranan seorang setiusaha kesihatan di pelbagai jabatan di hospital contohnya di Klinik Pakar dan pejabat Medical Record dan Billing. Taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Cik Fawziah binti Muhammad dan sesi fotografi bersama para pelajar.


No comments:

Post a Comment