Tuesday, 3 May 2016

TAKLIMAT PELUANG KERJAYA OLEH ANGELS CARE MOBILE NURSING SERVICE

Oleh: Nur Hidayah

21 Mei 2015, INSTEDT-  Angels Care Mobile Nursing Service yang beroperasi di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor dengan usahasama Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan INSTEDT telah mengadakan sesi taklimat peluang kerjaya kepada 43 pelajar semester akhir Diploma Kejururawatan. Seramai 6 wakil dari Angels Care Mobile Nursing Service yang diketuai oleh Pegawai Ketua Eksekutifnya Geoff Harrison mengadakan sesi lawatan ke Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan, INSTEDT serta sesi taklimat peluang kerjaya kepada para pelajar. Sesi lawatan ke General Ward dan Skill Lab, Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan bermula pada 2.15 petang dan berakhir pada 2.30 ptg. Geoff Harrison serta wakil-wakil dari Angles Care Mobile Nursing Service sempat beramah mesra dengan para pelajar yang sedang melakukan sesi praktikal. Manakala, sesi taklimat peluang kerjaya bersama pelajar semester akhir bermula pada 2.30 petang. Pelajar diberi pendedahan tentang Angels Care Mobile Nursing Service, aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta peluang-peluang kerjaya sebagai seorang jururawat terlatih kepada pelajar-pelajar yang berminat sebaik sahaja menamatkan pengajian di INSTEDT. Taklimat selesai pada 4.30 petang selepas sesi fotografi.




No comments:

Post a Comment