Oleh: Nur Hidayah Mazlan
22
Mei 2015, INSTEDT- Seramai dua orang wakil dari ECON MEDICARE CENTRE &
NURSING HOME, Taman Perling, Johor Bharu iaitu Jimmy Khoo Boo Soon dan Ng Jun Xiong telah menemuduga seramai 43
pelajar semester akhir Diploma Kejururawatan di Bilik Mesyuarat Aras 2,
INSTEDT. Temuduga bermula dari pkul 2.30 petang dan berakhir pada 6.30 petang. Temuduga
ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merancang masa depan mereka dan
memberi pendedahan tentang situasi sebenar temuduga. Hasil daripada temuduga
tersebut pihak ECON MEDICARE CENTRE & NURSING HOME telah memilih seramai 20
pelajar Diploma Kejururawatan INSTEDT sebagai bakal jururawat mereka. Ini
menunjukkan INSTEDT berjaya melahirkan bakal-bakal jururawat yang cemerlang dan
berdedikasi untuk memenuhi keperluan jururawat di sektor-sektor kesihatan.
No comments:
Post a Comment