Monday, 2 May 2016

SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM

Oleh: Zuraini


4 Desember 2014, Johor.  Simposium Muamalah Islam telah berlangsung selama satu hari di Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor, Peringkat negeri Johor.  Program celik muamalah Islam ini adalah anjuran YADIM yang bertujuan memberi kefahaman berkaitan kewangan Islam kepada masyarakat Islam dengan menampilkan penceramah-penceramah yang pakar dalam bidang kewangan Islam.  Kolej INSTEDT telah menghantar seramai 32 orang pelajar dari Diploma Perbankan Islam dan Diploma Perakaunan bersama 3 orang pensyarah pengiring untuk menyertai program tersebut.  Antara objektif program ialah menyemarakkan budaya Celik Muamalah dalam kalangan umat Islam, memeberi kefahaman dan kesedaran kepada umat Islam berkenaan dengan system kewangan Islam antaranya meliputi perbankan Islam, takaful, pelaburan patuh syariah dan pengurusan hutang.  Selain itu membantu mempromosikan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat kewangan Islam dan meningkatkan simpanan, jumlah pembiayaan dan pelaburan masyarakat Islam dalam perbankan Islam, takaful dan pelaburan berteraskan patuh syariah.


No comments:

Post a Comment