Oleh:
Fahmi Jaes
17
Februari 2015, Bandar Penawar- Seramai 43 orang pelajar sem 4 telah mewakili
Kursus Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dan menganjurkan satu Program Motivasi
Meningkatkan Keyakinan Diri bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar
Penawar, Kota Tinggi, Johor. Pelajar
yang terlibat dalam program ini adalah pelajar dari darjah empat hingga
lima. Semua pelajar yang terlibat
berjumlah 130 orang pelajar. Satu sesi
ceramah telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi
iaitu Encik Arbain Bin Mohd Ramli.
Beliau telah berkongsi dengan para pelajar tentang bagaimana mereka
dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.
Beberapa aktiviti juga telah dibuat semasa proses penyampaian motivasi
dilaksanakan. Secara tidak langsung ia
menarik perhatian dan minat para pelajar untuk memberi lebih tumpuan. Majlis perasmian penutup telah dilaksanakan
oleh Tuan Hj. Hussin bin Che Pa (Timbalan Ketua Eksekutif Akademik, Korporat
& Pengantarabangsaan) dan beberapa orang pensyarah turut hadir dalam majlis
tersebut. Sesi penyampaian hadiah kepada
para pemenang telah disempurnakan oleh guru besar iaitu Puan Hajah Jamilah
Binti Ismail dan Mohd Azizi Bin Mahmun.
No comments:
Post a Comment