Oleh: Najwa Mohd
Salleh
INSTEDT,
8- 9 Jun 2015- Pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah melakukan
penilaian terhadap Program Diploma Pengajian Islam baru-baru ini untuk mendapatkan
akreditasi penuh bagi program tersebut. Ia berlangsung pada 8hb Jun 2015 hingga 9hb
Jun 2015. Pihak pengurusan INSTEDT, para pensyarah dan pelajar yang terbabit telah
memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan proses ini. Institut Sains dan
Teknologi Darul Takzim (INSTEDT ) mula menawarkan program Diploma Pengajian
Islam sejak sesi Jun 2012. Program ini ditawarkan oleh Jabatan Bahasa dan
Pengajian Islam INSTEDT dengan 96 jumlah jam kredit. Sebanyak 71% kandungan
kursus bertaraf major, 12.5% bertaraf minor, 13.5% bertaraf wajib MQA dan 3%
bertaraf wajib kolej. Selain kursus-kursus teras pengajian Islam yang bersifat
major, program ini turut menawarkan kursus yang bersifat semasa (minor) seperti
Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat, Pengurusan Pejabat, Pengantar Perakaunan
dan Sistem Perakaunan Berkomputer . Kursus Keusahawanan Islam juga ditawarkan
bagi mendedahkan pelajar kepada dunia keusahawanan. Program ini dirangka
sedemikian adalah bertujuan menawarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
dalam lapangan kerjaya kelak. Latihan Industri juga diwajibkan bagi setiap pelajar
mendalami pengalaman realiti dunia pekerjaan. Kerjaya Graduan
Diploma Pengajian Islam dijangka dapat menceburi pelbagai bidang sebagai penolong
pegawai, pendakwah, perunding pembangunan insan, penolong pegawai hal ehwal
Islam, guru (di tempat yang tidak memerlukan kelulusan di bidang pendidikan),
penulis karya kreatif dan lain-lain di sektor kerajaan dan swasta. Kelayakan
masuk ke program ini adalah lulus SPM atau setaraf dengannya, kepujian dalam 3
mata pelajaran (dan lulus mata pelajaran bahasa Arab atau satu mata pelajaran
Pengajian Islam) atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh
kerajaan.
No comments:
Post a Comment