BANDAR PENAWAR,
29 Mei-2 Jun 2016 – Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) dengan
kerjasama Bahagian Hal Ehwal Siswa (HES) telah menjalankan Minggu Haluan Siswa
bagi pelajar-pelajar baru ambilan Mei 2016.
Program ini saban tahun dijalankan bagi setiap pengambilan pelajar baru.
Program ini
bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan INSTEDT yang
merangkumi matlamat, visi, misi, pengenalan kepada barisan pengurusan kolej, staf-staf
akademik dan sokongan dalam membantu proses interaksi mereka semasa bergelar
mahasiswa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu para pelajar mengetahui
secara jelas berkenaan kursus yang ditawarkan, kemudahan dan perkhidmatan.
Elemen motivasi juga turut diambil kira dalam program MHS ini sebagai memupuk
budaya saing pelajar dalam pengajian.
Bagi mencapai
objektif program, beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu Riadah (bertempat di
Taman Buaya Teluk Sengat); Personaliti Diri; Slot Kerohanian; Explorace, yang
melibatkan checkpoint di setiap
Bahagian di Kolej, secara tak langsung membantu pelajar mengenali selok-belok
di dalam kolej; Taklimat dari setiap Bahagian, iaitu HES, Akademik,
Pentadbiran, Pemasaran, Akaun, Asrama, Perpustakaan, PTPTN, serta taklimat
daripada Timbalan Ketua Eksekutif (HES) & Timbalan Ketua Eksekutif
Akademik, Korporat dan Pengantarabangsaan.
Selain itu, bagi
MHS kali ini, turut dimuatkan slot Taklimat Alumni INSTEDT yang disampaikan
oleh Dr Hj Fairus Hj Jamaluddin (Alumni INSTEDT), sebagai memberi perangsang
dan dorongan kepada mahasiswa baru dalam mengorak langkah menggapai cita-cita
masing-masing.
Semoga
mahasiswa-mahasiswa INSTEDT terus cemerlang, gemilang, dan terbilang selain
memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji.