Oleh : Najwa Mohd Salleh
Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) ,
kini menawarkan program baharu iaitu Diploma Pengajian Islam bagi melahirkan
individu Muslim yang komited dengan tuntutan agama dari sudut akidah, ibadah
dan akhlak serta bersifat kompetitif menceburi bidang pekerjaan dan
keusahawanan. Ilmu Islam yang dipelajari termasuk syariah, fiqh Islamiah, bahasa Arab, dakwah
dan komunikasi, akidah dan pemikiran Islam semasa, psikologi agama, al-Quran
dan hadis, sistem perundangan Islam di Malaysia serta hubungan antara agama di
Malaysia. Pelajar Diploma Pengajian
Islam di INSTEDT turut dilengkapkan dengan ilmu kemahiran tambahan seperti teknologi
maklumat, sistem perakaunan berkomputer (UBS), pengurusan pejabat, keusahawanan
Islam, ekonomi Islam serta bahasa Inggeris.
Pelajar
Diploma Pengajian Islam di INSTEDT juga disyaratkan mengikuti kegiatan-kegiatan
ko-kurikulum sama ada yang bercirikan seni mempertahankan diri, pengendalian
acara atau aktiviti berorganisasi. Pelajar turut terdedah dengan
aktiviti-aktiviti kesenian dan kerohanian yang dianjurkan oleh pihak kolej. Pelajar Diploma Pengajian Islam juga akan
mengikuti latihan industri di pelbagai lapangan seperti sektor pentadbiran
pendidikan, pembangunan insan, pejabat
agama dan pentadbiran mahkamah syariah sebagai melengkapkan keseluruhan
pengajian bagi menyediakan diri untuk pekerjaan kelak.
Graduan
Diploma Pengajian Islam dijangka dapat...
menceburi pelbagai bidang sebagai guru, penolong pegawai, pendakwah, perunding pembangunan insan, penolong pegawai hal ehwal Islam, penulis karya kreatif dan lain-lain di sektor kerajaan dan swasta. Syarat kemasukan sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (dan lulus mata pelajaran bahasa Arab atau satu mata pelajaran Pengajian Islam) atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan.

No comments:
Post a Comment