Tuesday, 3 May 2016

KHIDMAT MASYARAKAT DI KEDAWANG LANGKAWI

Oleh: Nur hidayah


8-13 Februari 2015, Langkawi-  Seramai 35 pelajar dari Diploma Kejururawatan dan 5 orang pensyarah Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah menjayakan Program Khidmat Masyarakat Knowledge for Wellness di Langkawi, Kedah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuklah pemeriksaan kesihatan, lawatan ke rumah, program derma darah dan program bersama pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. Program ini bertujuan untuk memberi khidmat masyarakat serta pendidikan kesihatan untuk mempromosi dan meningkatkan taraf kesihatan sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada golongan luar bandar. Di samping itu,
program ini dilaksanakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan kepentingan kesihatan global bermula dari peringkat awal persekolahan sehinggalah remaja serta menjalinkan hubungan yang lebih erat bersama komuniti perkampungan di sana di samping memperkenalkan INSTEDT. Program Khidmat Masyarakat Knowledge for Wellness juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mendapat kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada penduduk Kampung Kedawang, Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Kedawang, pihak Joydec terutamanya Encik Tunaim bin Satiman dan dan Encik Mohd Redzam bin Salman, Ketua Kawasan Rukun Tertangga Kampung Kedawang, Hospital Langkawi, TLDM, guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. Program ini berjalan dengan lancar dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang.  

No comments:

Post a Comment