Oleh: Noor Aishah
15 Mac 2015, Kota Tinggi- Pelajar Diploma
Pengurusan Perhotelan dan Diploma Pengurusan Pelancongan telah mengadakan
program khidmat masyarakat di Kampung Orang Asli Sg. Layau Kota Tinggi.
Aktiviti yang berlangsung selama satu hari ini menyajikan pelbagai acara
antaranya pertandingan tarik tali, sukaneka,
explorace, indoor games dan
persembahan kebudayaan dari masyarakat orang asli dan para pelajar INSTEDT.
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan antara
golongan belia dan penduduk kampung di samping memberikan pengalaman kepada
para pelajar untuk mengendalikan program bersama pihak luar. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada semua penduduk kampung diatas layanan dan sambutan yang
sangat baik.
No comments:
Post a Comment