Oleh: Noor Aishah
Kota
Tinggi- Seramai 35 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah,
pelajar kolej dan pekerja swasta telah menyertai program Traditional Living at Kampung Temenin pada 13 – 14 September 2014.
Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan
subjek Pengurusan Acara yang wajib di ambil oleh pelajar semester 4 bagi
program Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta
dan jawatankuasa penganjur telah ditempatkan bersama keluarga angkat yang
merupakan penduduk kampung tempatan. Pelbagai
aktiviti menarik telah disediakan, antaranya permainan tradisional seperti tarik
upih, menanam pokok, ‘night walk’, malam kebudayaan dan juga mewarna batik
canting.
No comments:
Post a Comment