Oleh: Sulaimi
PERLIS, 13 Mei 2016 -
Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim diwakili pelajar-pelajar daripada Diploma
Pengajian Sukan-UiTM berserta tujuh buah kolej bersekutu UiTM telah menyertai Kejohanan
Sukan Kolej-kolej Bersekutu UiTM (SUKOB) di Kompleks Sukan UiTM Arau, Perlis
pada 13 hingga 16 Mei 2016. SUKOB edisi kali ini mempertandingkan enam jenis
sukan iaitu Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Sepak 5 Sebelah, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring, dan Sepak Takraw yang mempertaruhkan 11 pingat emas, 11 perak, dan
22 gangsa. INSTEDT telah merangkul dua emas di temasya sukan dwi tahunan itu
dan berada di tempat kedua kedudukan pingat keseluruhan. Pingat emas diraih melalui Bola Sepak 9 Sebelah dan Badminton Perseorangan Lelaki
masing-masing mewakili Diploma Pengajian Sukan-UiTM di INSTEDT.
Acara perasmian
penutup diadakan pada 16 Mei 2016, yang di hadiri beberapa jemputan khas
termasuk Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said dan
Timbalan Naib Canselor UiTM (Hal Ehwal Pelajar) Profesor
Dato' Dr Abdullah Mohamad Said yang mana turut menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Menurut Naib Canselor, beliau berasa bangga dengan
kejohanan kali ini dan ini akan menjadi sebuah platform bagi atlit-atlit baru
untuk mewakili UiTM ke mana-mana kejohanan sukan yang akan datang. Tambahan
beliau, selepas ini akan diadakan satu kejohanan Sukan Untuk merebut Piala
Pusingan Naib Canselor yang mana bakal disertai oleh semua Kolej-Kolej
Bersekutu UiTM.