Oleh:
Nuraisah
23
Ogos 2014, Kota Tinggi. Program anjuran
Pejabat Daerah Kota Tinggi ini telah dihadiri oleh orang ramai dan seramai 40
orang pelajar INSTEDT dan 3 orang pegawai pengiring telah dijemput untuk
menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan di Padang Awam Taman Kota Jaya.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah Senamrobik, Larian Amal dan pertandingan
mewarna untuk kanak-kanak. Pelbagai jenis barangan juga dijual di khemah-khemah
yang disediakan. Tujuan majlis pelancaran ini diadakan adalah untuk merasmikan
Program Kecergasan Peringkat Negeri Johor. Ianya untuk mengalakkan amalan gaya
hidup dan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment