Oleh: Faeza Nur
Industri
Hospitaliti yang sinonim dengan bidang perhotelan dan pelancongan telah menjadi
suatu bidang yang sangat meluas dan semakin mendapat tempat dalam kalangan
pengusaha perniagaan khususnya. Tambahan pula, peningkatan permintaan
produk-produk pelancongan dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara
telah menyebabkan percambahan yang positif bagi sektor perkhidmatan hospitaliti
ini. Hal ini, secara tidak langsung telah meningkatkan lagi persaingan dan
cabaran dalam kalangan pekerja. Bagi membolehkan para graduan mendapat tempat di dalam industri, pihak kolej telah
melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan ilmu yang berkaitan dengan industri, sama ada melalui kelas praktikal, kajian kes dan juga
pembelajaran di dalam kelas.
Para
graduan perhotelan dan pelancongan juga turut diberikan peluang merasai
pengalaman sebenar bekerja di dalam industri selama 3 bulan iaitu melalui
Latihan Industri, yang sememangnya menjadi tugasan wajib yang harus dijalani
sebelum mereka tamat pengajian. Selain itu juga, terdapat kriteria tertentu
dalam pemilihan tempat latihan industri tersebut. Sebagai contoh pelajar perhotelan perlu ditempatkan
di hotel yang bertaraf 3 bintang dan ke atas, manakala pelajar pelancongan
haruslah ditempatkan di agensi-agensi pelancongan ataupun kementerian
pelancongan yang aktif. Hal ini bagi membolehkan mereka mendapat pendedahan
dunia pekerjaan yang sebenar selari dengan bidang mereka.
Bagi
meningkatkan kualiti kebolehpasaran para graduan, pihak kolej juga turut
melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan juga kemahiran komunikasi
yang bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa. Sepanjang tempoh pengajian,
graduan telah diberikan tugasan luar yang memerlukan mereka untuk berhubung
terus dengan industri. Hal ini secara tidak langsung, dapat membantu mereka
membina keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan apabila berhadapan dengan individu di dalam industri. Tambahan pula, graduan juga dapat mempelajari sistem pengurusan tertentu sewaktu menjalankan tugasan tersebut.
membina keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan apabila berhadapan dengan individu di dalam industri. Tambahan pula, graduan juga dapat mempelajari sistem pengurusan tertentu sewaktu menjalankan tugasan tersebut.
Industri
hospitaliti yang kian berkembang ini juga telah membuka peluang-peluang
pekerjaan yang banyak kepada para graduan perhotelan dan pelancongan khususnya.
Antara jawatan yang boleh disandang adalah, Eksekutif yang terdapat di
jabatan-jabatan hotel seperti jabatan houskeping,
front office dan sebagainya. Manakala di sektor kerajaan juga para graduan
berpeluang bekerja sebagai pegawai penyelia makanan, pegawai penyedia makanan,
penyelia asrama dan sebagainya. Bagi graduan pelancongan pula jawatan yang
layak disandang adalah, pegawai pemandu pelancong, pengusaha agensi
pelancongan, penyelia di pusat-pusat daya tarikan pelancongan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment