Oleh: Radziatul Shima Binti Mohd
Shah
INSTEDT,
16 Disember 2016 - Kolej INSTEDT dengan kerjasama Bank Islam Malaysia telah
mengadakan ceramah pencerahan muamalat pada 16 Disember 2015. Ahli-ahli panel
yang terlibat adalah En. Mohd Zamri Zedan, Pengurus Cawangan Bank Islam, Kota
Tinggi dan En. Zamree Mohamed, Pengurus
Cawangan Johor Bahru dan disertai oleh pelajar-pelajar dibawah Jabatan
Pengurusan dan Perniagaan. Matlamat program ceramah ini adalah untuk melahirkan generasi yang
celik muamalat dalam membezakan antara transaksi yang dihalalkan dan diharamkan
yang tidak patuh syariah serta transaksi-transaksi perbankan Islam. Program ini
telah mendidik pelajar-pelajar INSTEDT terutama pelajar-pelajar dari program
diploma kewangan Islam, perniagaan dan perakaunan.
No comments:
Post a Comment