Sunday, 8 May 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DIPLOMA KESETIAUSAHAAN KESIHATAN

Oleh: Nadiah

BANDAR PENAWAR, 16 Mac 2016 – Persatuan Kesetiausahaan Kesihatan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar. Program ini disertai 13 orang pelajar semester lima Diploma Kesetiausahaan Kesihatan dengan diiringi oleh En Hasan Al-Basri bin Ahmad Tarmizi sebagai penasihat persatuan. Antara aktiviti program adalah seperti pengenalan kepada klinik kesihatan, lawatan ke kaunter, bilik farmasi, bilik sinar x dan stor penyimpanan fail. Program ini bertujuan memberi pendedahan lebih awal berkenaan struktur pentadbiran dan cara kerja pusat kesihatan kepada para pelajar sebelum mereka menjalani latihan industri pada semester enam akan datang.


No comments:

Post a Comment