Oleh: Zuraini
29 November 2015, JOHOR BAHARU- Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah menganjurkan program yang penuh adat istiadat iaitu Majlis Konvokesyen Instedt kali ke-10. Konvokesyen ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Syed Hussein Bin Abdul Kadir Al-Habshee, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej, Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim. Seramai 308 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma mereka dan diraikan semasa konvokesyen itu. Seramai 65 orang graduan pula telah mendapat Anugerah Graduan Cemerlang. Prestasi pelajar INSTEDT saban tahun menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan buktinya pada tahun ini Maziz Nasiruddin Bin Mohd Nasir daripada Diploma Teknologi Maklumat telah berjaya merangkul Anugerah Pengerusi Eksekutif dengan memperolehi pencapaian yang terbaik. Manakala Anugerah Khas Pengerusi pula telah diberikan kepada pelajar Diploma Teknologi Pejabat yang merupakan usahasama UiTM iaitu Azni Syafina Binti Mohd Radzi, Noor Syafidah Binti Abdul Rahim, dan Nurazmarina Asyura Binti Zamri.
No comments:
Post a Comment