Oleh: Sulaimi
JOHOR
BAHRU, 25 Januari 2016 – Seramai 8 000 orang atlit dari 20 buah IPTA & IPTS
bersama lima buah kontinjen mewakili Negara-negara ASEAN telah menyertai
Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) bagi tahun 2016. Acara ini
berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru dari 25 Januari
sehingga 5 februari 2016. INSTEDT telah menghantar lima orang pelajar yang
merupakan atlet daripada Diploma Pengajian Sukan. Empat atlet INSTEDT telah
menyertai acara balapan dan padang, seorang lagi mewakili acara taekwando. Syed
Iqbal Bin Syed Jamalil telah meraih naib johan mewakili acara balapan dan
padang iaitu acara Lontar Peluru dan Mohd Naim Bin Mohd Zamri yang mendapat
tempat kesepuluh dalam acara larian 10 000 meter. Program melibatkan gabungan
IPTA & IPTS seperti ini seharusnya diteruskan dalam kalangan siswa dan
siswi bagi melahirkan atlet pelapis negara pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment