Oleh: Nurunnadiah
BANDAR
PENAWAR, 16 MAC 2016 – Unit Kaunseling Insitut Sains dan Teknologi Darul Takzim
(INSTEDT) telah menganjurkan Program Motivasi Persediaan Peperiksaan, yang
disasarkan khusus bagi mahasiswa INSTEDT sebagai persediaan sebelum menghadapi
peperiksaan akhir semester. Program ini bertujuan memberi pendedahan
kepada mereka berkaitan pemantapan kendiri yang perlu ada dalam diri
setiap pelajar, serta kaedah pengiraan Purata Nilai Gred subjek yang diambil. Program
ini telah dijalankan di Bilil Kuliah 16 INSTEDT, dan terbahagi kepada dua slot
iaitu Motivasi Belajar dan Skor A yang telah dikendalikan oleh Kaunselor
INSTEDT, En Muhamad Azlan Mahmud. Manakala slot kedua bawah kendalian Kaunselor
Pelatih, Pn Nur Ismilida ialah Smart
Study dan Amalan Pelajar Cemerlang. Selain itu, antara objektif program
ini adalah untuk membuka minda pelajar tentang kepentingan sahsiah
dan kecemerlangan akademik dalam kehidupan, membangkitkan kesedaran
pelajar tentang pentingnya penerapan ilmu dalam menjalani kehidupan, dan membantu
mahasiswa/i membuat perancangan subjek secara berkesan dalam mencapai skor
penilaian yang baik. Semoga program seperti ini dapat dijalankan secara
berterusan pada masa akan datang dalam membantu kecemerlangan dan sahsiah
mahasiswa INSTEDT.
No comments:
Post a Comment