Oleh : Noorain Rahman
INSTEDT,27 Januari
2016- Festival Kesenian Islam (FESKI) telah diadakan pada 27 dan 28 Januari
2016 yang bertempat di Lobi INSTEDT dan Dataran Asrama Delima. Program ini
bertujuan untuk mengajak para pelajar INSTEDT untuk menonjolkan bakat yang ada
dalam diri mereka dan mengambil kesempatan untuk mentransformasikan diri ke
arah menjadi pelajar yang baik dari sudut rohani, jasmani, intelek dan emosi.
Bertemakan ‘Semarak Budaya Islam’, festival ini mendapat sambutan bukan
sahaja dalam kalangan pelajar yang beragama Islam bahkan dari pelajar Cina dan
juga India. Antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Bahasa dan
Pengajian Islam dengan kerjasama Hal Ehwal Siswa INSTEDT ialah perarakan serta
selawat dan Ceramah Perdana oleh Da’I Lokman TV3, pertandingan khat,
pertandingan azan, pertandingan nasyid, pertandingan kuiz silang kata,
pertandingan video sirah nabi, pertandingan sketsa, pertandingan busana Muslim
dan Muslimah dan pameran kesenian Islam. Festival ini juga memberi peluang
kepada pelajar-pelajar untuk berniaga dan menyertai gerai jualan yang diadakan
dan dibuka juga kepada pihak luar. Antara pihak yang terlibat ialah Lembaga
Tabung Haji Kota Tinggi, Pejabat Agama Islam Kota Tinggi, AVON dan beberapa
lagi pihak lain. Penyampaian hadiah kepada para pelajar yang memenangi
pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan
telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif I, Che Hussin Bin Che Pa
pada malam kemuncak di Dataran Asrama Delima.
No comments:
Post a Comment