Oleh: Nadiah
KOTA TINGGI, 30
Mac 2016 – Program khidmat masyarakat yang bertemakan “Merealisasikan Kesihatan
Bersama Peneroka” telah dianjurkan oleh Kelab Sains Kesihatan Institut Sains
Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) bersama penduduk Felda Sungai Mas, Kota
Tinggi. Seramai 24 orang pelajar Diploma Kejururawatan diiringi Puan
Nurismilida Ab Aziz dan Encik Hasan Al-Basri Ahmad Tarmizi sebagai pensyarah
jabatan telah berkampung selama sehari bagi memberikan perkhidmatan kesihatan
di samping mengeratkan hubungan silaturrahim bersama warga Felda Sungai Mas.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk pameran kesihatan, pemeriksaan
kesihatan percuma, senam aerobik serta sukaneka bersama belia Felda. Program diakhiri
dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah dan cenderahati kepada warga
Felda Sungai Mas.
No comments:
Post a Comment