Oleh: Khiruniza
SEGAMAT, 22 Januari 2016 - INSTEDT telah menghantar 15 orang pelajar daripada Jabatan Sains Komputer dan Jabatan kejururawatan diiringi seorang pensyarah bagi mengikuti Program anjuran iM4U dan WomenGirls yang bertempat di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor. Program Ikal Mayang Nationwide Tour with iM4U melibatkan
beberapa buah negeri iaitu negeri Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan dan program di negeri Johor pula bertajuk ‘Kursus Penyediaan Filem Pendek’. Misi
penganjur ialah “ For every women to be a
role model and for every girls to be an agent of change”. Di antara aktiviti yang dijalankan
adalah bengkel perbincangan berkenaan isu-isu adat dan tradisi yang masih
dipegang dan digunapakai dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya. Filem
pendek yang dihasilkan pada hari berkenaan adalah berkisarkan konflik dan
permasalahan yang timbul daripada isu tersebut kerana konflik tersebut adalah
sangat sensitif untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat. Dengan mengikuti bengkel seperti ini, pelajar
dapat menimba pengalaman dan merasai situasi mengarah, menerbit serta
melakonkan sendiri watak yang dihasilkan.
No comments:
Post a Comment