Oleh: Nadiah
BATU PAHAT, 27
Februari 2016 - Majlis penutup Program Duta Jauhar di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) telah menyaksikan seramai 450 mahasiswa anak Johor daripada
18 universiti awam dan swasta merebut Anugerah Kongres Duta Jauhar 2.0. Program
ini telah diilham dan dilaksanakan untuk memupuk kepimpinan anak muda dalam
membina masa depan Johor. Hadir sama merasmikan majlis penutup ini adalah
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi mengiktiraf usaha
anak-anak muda Johor dalam menyumbangkan tenaga menjayakan agenda pembangunan
Johor. Usaha 15 orang mahasiswa Diploma Kejururawatan Institut Sains dan
Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah diiktiraf apabila mereka berjaya merangkul
Anugerah Emas Pertama dan Anugerah Permata yang merupakan anugerah utama
Kongres Duta Jauhar. Empat anugerah sampingan lain yang berjaya dibolot adalah
Anugerah Persembahan Terbaik, Penyelia
Terbaik, Kerjasama Terbaik dan Transformasi Kesihatan Terbaik. Menerusi program
Duta Jauhar ini,mahasiswa INSTEDT telah berusaha membantu golongan yang tidak
berkemampuan di sekitar kawasan Parlimen Johor Bharu dan Felda Ulu Tebrau untuk
menerima rawatan dan mentransformasikan bidang kejururawatan kepada golongan yang
memerlukan seperti pesakit kronik terlantar dan Orang Kelainan Upaya
(OKU).
No comments:
Post a Comment