Monday 9 January 2017

KONVOKESYEN INSTEDT KALI KE-11

Oleh: Zuraini Othman

JOHOR BAHRU, 19 NOVEMBER 2016- Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah menganjurkan program yang penuh adat istiadat iaitu Majlis Konvokesyen Instedt kali ke-11.  Konvokesyen ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Syed Hussein Bin Abdul Kadir Al-Habshee, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej, Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim.   Seramai 336 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma mereka dan diraikan semasa konvokesyen itu.  Seramai 51 orang graduan pula telah mendapat Anugerah Graduan Cemerlang.  Prestasi pelajar INSTEDT saban tahun menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan buktinya pada tahun ini Mohamad Maulidi Bin Amat Jumati daripada Diploma Kejururawatan telah berjaya merangkul Anugerah Pengerusi Eksekutif dengan memperolehi pencapaian yang terbaik.  Manakala Anugerah Khas Pengerusi pula telah diberikan kepada pelajar Diploma Teknologi Pejabat yang merupakan usahasama UiTM iaitu Nor Haiza Binti Muda.