Monday 6 June 2016

MINGGU HALUAN SISWA INSTEDT

Oleh: Nurunnadiah

BANDAR PENAWAR, 29 Mei-2 Jun 2016 – Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Siswa (HES) telah menjalankan Minggu Haluan Siswa bagi pelajar-pelajar baru ambilan Mei 2016.  Program ini saban tahun dijalankan bagi setiap pengambilan pelajar baru.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan INSTEDT yang merangkumi matlamat, visi, misi, pengenalan kepada barisan pengurusan kolej, staf-staf akademik dan sokongan dalam membantu proses interaksi mereka semasa bergelar mahasiswa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu para pelajar mengetahui secara jelas berkenaan kursus yang ditawarkan, kemudahan dan perkhidmatan. Elemen motivasi juga turut diambil kira dalam program MHS ini sebagai memupuk budaya saing pelajar dalam pengajian.

Bagi mencapai objektif program, beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu Riadah (bertempat di Taman Buaya Teluk Sengat); Personaliti Diri; Slot Kerohanian; Explorace, yang melibatkan checkpoint di setiap Bahagian di Kolej, secara tak langsung membantu pelajar mengenali selok-belok di dalam kolej; Taklimat dari setiap Bahagian, iaitu HES, Akademik, Pentadbiran, Pemasaran, Akaun, Asrama, Perpustakaan, PTPTN, serta taklimat daripada Timbalan Ketua Eksekutif (HES) & Timbalan Ketua Eksekutif Akademik, Korporat dan Pengantarabangsaan.

Selain itu, bagi MHS kali ini, turut dimuatkan slot Taklimat Alumni INSTEDT yang disampaikan oleh Dr Hj Fairus Hj Jamaluddin (Alumni INSTEDT), sebagai memberi perangsang dan dorongan kepada mahasiswa baru dalam mengorak langkah menggapai cita-cita masing-masing.

Semoga mahasiswa-mahasiswa INSTEDT terus cemerlang, gemilang, dan terbilang selain memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji. 

 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 

  
  
  
  
 
 
Penyampaian cenderamata kepada Dr Hj Fairus Hj Jamaluddin (Alumni INSTEDT)