Thursday 2 June 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK KULAI BESAR KE INSTEDT

Oleh: Nurunnadiah

BANDAR PENAWAR, 30 MEI 2016 – Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar dari SMK Kulai Besar. Lawatan ini telah disertai oleh kira-kira 80 orang pelajar terdiri daripada Tingkatan 2 hingga 5, dan 10 orang guru pengiring. Ketibaan mereka ke INSTEDT pada Jam 12.00 tengahari telah disambut oleh urusetia INSTEDT yang terlibat. 

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SMK Kulai Besar berkaitan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di INSTEDT serta laluan kerjaya berkaitan bidang tersebut. Selain itu, para pelajar turut dibawa melawat fasiliti-fasiliti di INSTEDT antaranya Bilik Studio Media Grafik, Bilik Lukisan Media Grafik, General Ward, Perpustakaan, Makmal Komputer, serta Gymnasium.

Terima kasih kepada warga SMK Kulai besar atas kesudian memilih INSTEDT sebagai tempat lawatan sambil belajar. Semoga program seperti ini dapat menambah pengetahuan para pelajar mengenai suasana di institusi pengajian tinggi. 

Terima kasih juga buat semua urusetia INSTEDT yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 







LAWATAN PENDIDIKAN KERJAYA SMK DAMAI JAYA, JOHOR BAHRU


Oleh: Nurunnadiah

BANDAR PENAWAR, 23 MEI 2016 – Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah menerima kunjungan Lawatan Pendidikan Kerjaya dari SMK Damai Jaya, Johor Bahru. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar menengah atas SMK Damai Jaya berkaitan bidang-bidang pengajian serta laluan kerjaya berkaitan bidang tersebut. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5, serta 2 orang guru pengiring terlibat dalam sesi lawatan ini.

Antara pengisian semasa lawatan ini ialah slot motivasi bersama Kaunselor INSTEDT, En Muhammad Azlan yang memberi fokus berkaitan matlamat dan halatuju selepas SPM; Taklimat kerjaya yang disampaikan oleh En Nasaruddin (Eksekutif Pemasaran), yang menyentuh berkaitan persediaan selepas SPM dan matlamat kerjaya; serta Slot Jelajah INSTEDT yang memberi peluang kepada pelajar melawat fasiliti-fasiliti di INSTEDT antaranya Bilik Studio Media Grafik, Bilik Lukisan Media Grafik, General Ward, Perpustakaan, Makmal Komputer, serta Gymnasium. Selain itu, turut disampaikan taklimat daripada semua Ketua-ketua Jabatan Akademik INSTEDT sebagai pendedahan kepada program-program diploma yang ditawarkan di INSTEDT.

Dengan adanya program seumpana ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar suasana di institusi pengajian tinggi yang berbeza dengan suasana di sekolah. INSTEDT mengucapkan terima kasih kepada Guru Kaunselor SMK Damai Jaya atas kesudian memilih INSTEDT sebagai tempat lawatan sambil belajar.

Terima kasih juga buat para urusetia yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.