Wednesday 25 May 2016

INSTEDT NAIB JOHAN KESELURUHAN SUKOB 2016

Oleh: Sulaimi

PERLIS, 13 Mei 2016 - Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim diwakili pelajar-pelajar daripada Diploma Pengajian Sukan-UiTM berserta tujuh buah kolej bersekutu UiTM telah menyertai Kejohanan Sukan Kolej-kolej Bersekutu UiTM (SUKOB) di Kompleks Sukan UiTM Arau, Perlis pada 13 hingga 16 Mei 2016. SUKOB edisi kali ini mempertandingkan enam jenis sukan iaitu Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Sepak 5 Sebelah, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring, dan Sepak Takraw yang mempertaruhkan 11 pingat emas, 11 perak, dan 22 gangsa. INSTEDT telah merangkul dua emas di temasya sukan dwi tahunan itu dan berada di tempat kedua kedudukan pingat keseluruhan. Pingat emas diraih melalui Bola Sepak 9 Sebelah dan Badminton Perseorangan Lelaki masing-masing mewakili Diploma Pengajian Sukan-UiTM di INSTEDT.

Acara perasmian penutup diadakan pada 16 Mei 2016, yang di hadiri beberapa jemputan khas termasuk Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said dan Timbalan Naib Canselor UiTM (Hal Ehwal Pelajar) Profesor Dato' Dr Abdullah Mohamad Said yang mana turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Menurut Naib Canselor, beliau berasa bangga dengan kejohanan kali ini dan ini akan menjadi sebuah platform bagi atlit-atlit baru untuk mewakili UiTM ke mana-mana kejohanan sukan yang akan datang. Tambahan beliau, selepas ini akan diadakan satu kejohanan Sukan Untuk merebut Piala Pusingan Naib Canselor yang mana bakal disertai oleh semua Kolej-Kolej Bersekutu UiTM.