Thursday 5 May 2016

ALUMNI BERJAYA

MUHAMMAD KHAIRUL IZZUAN BIN ABDUL KARIM
Oleh: Sulaimi Arif


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya adalah salah seorang pelajar Diploma Pengajian Sukan Instedt-UITM yang mendapat pengajian khusu di institusi ini. Pelbagai cabaran yang telah saya lalui sepanjang tempoh pengajian saya disini.Saya mengambil cabaran atau rintangan itu sebagai satu semangat untuk saya tempuhi dan lalui dengan jitu.  Saya telah memilih Persatuan Bolasepak Negeri Johor sebagai empat untuk saya mengolah segala ilmu yang telah dieberikan oleh pensyarah sepanjang pengajian saya di sini.Ternyata pilihan saya adalah tepat kerana segala ilmu yang diberi oleh pensyarah telah dipratikkan disini.  Kini Saya telah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan pengajian yang saya miliki. Saya ditawarkan bekerja sebagai pembant pegawai pembangunan bolasepak di Persatuan Bolasepak Negeri Johor atau lebih dikenali sebgai Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim.  Akhir kata, terima kasih kepada pensyrah yang telah banyak  berjasa kepada saya sepanjang pengajian saya disini. Tidak lupa juga kepada semua yang membantun sama ada secara langsung atau tidak langsung.



HILMAN BIN ALIAS
Oleh: Fazy Fazlia

Memulakan pengajian di Institut Sains dan Teknologi darul Takzim (INSTEDT) pada dari tahun 2011 sehingga 2013, akhirnya membuka peluang kepada pelajar lepasan Diploma Pengurusan Perhotelan, untuk menerokai kerjaya sebagai Junior Housekeeper di The Grand Pacific Hotel di Singapura. Anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini memulakan kerjayanya setelah tamat pengajian pada tahun 2014 sehingga sekarang. Matlamat hidup beliau antara lain ialah Stop Wishing, Start Doing! menjadi pemangkin semangat untuk beliau meneruskan kerjaya dalam bidang yang diminatinya.




NURATIKA YUSOF
Oleh: Fazy Fazlia

Tidak lama setelah tamat pengajian di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) pada 2015, memasuki industri perhotelan dengan satu misi, ‘Work hard now, so I can be lazy for life’. Gadis kelahiran Muar yang sangat cekal dan bersemangat ini memulakan kariernya sebagai Human Resource Assistant di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru pada Oktober 2015. Walaupun tiada pengalaman di alam pekerjaan, beliau menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi untuk lebih berjaya.





MAZIZ NASIRUDIN BIN MOHD NASIR
Oleh: Khiruniza

“ Sebenarnya semua benda menarik di INSTEDT. Cuma cara kita yang buat situasi belajar menarik dan tak menarik. Daripada aspek suasana pembelajaran di INSTEDT sangat menarik kerana konsep belajar dalam taman dengan suasana yang kondusif .  Penyampaian silibus yang digunakan sentiasa di kemas kini dan selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. Disamping itu, nota ringkas juga diberikan bagi memudahkan sesi pengajaran dan sesi ulangkaji.  Perkara yang paling menarik di INSTEDT sendiri adalah sikap pensyarah-pensyarah  serta kakitangan yang sangat  terbuka disamping menjadi tunggak utama kejayaan siswa siswi. You give more and you get more“. Begitulah pengalaman dan kata-kata semangat daripada Penerima Anugerah Pengerusi Eksekutif sempena majlis Konvokasyen INSTEDT ke-10 pada 29 november 2015 iaitu Maziz Nasirudin Bin Mohd Nasir, 21. Beliau merupakan  pelajar jurusan Diploma Teknologi Maklumat yang sudah mempunyai pekerjaan . Kini beliau bekerja di Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE).Banyak program yang telah di sertai sepanjang menuntut di INSTEDT termasuklah Minggu Aluan Siswa, Majlis Pra-Graduan dan Kem Bina Insan INSTEDT.




MOHAMMAD NORAZAM BIN NOR AZMI
Oleh: Radziatul Shima Binti Mohd Shah


“Alhamdulillah saya dapat menghabiskan belajar di INSTEDT selama 3 tahun pengalaman dan pembelajaran yang dapat saya kecapi sehingga saya habis belajar. Saya amat bertuah kerana dapat belajar di INSTEDT kerana pembelajaran dan pengajaran yang ditunjukkan amat efisien. Kursus yang saya ambil amat diperlukan pada masa kini kerana kebanyakan firma guaman memerlukan pelajar lepasan kesetiausahaan untuk membantu mereka dalam pekerjaan. Bidang ini amat meluas dalam skop pekerjaan kerana boleh membuat kerja-kerja pengurusan dan setiausaha. Selepas tamat pengajian, kini saya berada di alam bidang pekerjaan iaitu saya kini bekerja di pejabat guaman. Terima kasih INSTEDT.”


ZAILIYATON BINTI ZAINUDIN
Oleh: Radziatul Shima Binti Mohd Shah


“INSTEDT? Apakah itu INSTEDT? Dimanakah terletaknya INSTEDT? Di sini tempat bermulanya detik-detik kejayaan saya sebagai seorang siswazah jurusan diploma perakaunan. Berasal dari perkampungan kecil di Port Dickson, saya menerima tawaran dari pihak INSTEDT di Bandar Penawar, Johor dengan hati terbuka. Kejayaan demi kejayaan dikecapi antaranya menerima Anugerah Ketua Eksekutif sebanyak empat kali hasil daripada didikan para ilmuan INSTEDT yang tidak pernah berputus asa memberi tunjuk ajar, dorongan, panduan dan sehingga ke saat akhir saya sebagai siswazah di sini. Kini saya memperoleh kerjaya yang mencakupi bidang saya, sebagai pemangku pentadbiran di salah sebuah syarikat kenderaan terkemuka di Petaling Jaya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja INSTEDT yang bekerjasama melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing tinggi selaras dengan misi menaik taraf kepada kolej universiti pada satu hari nanti. Akhir kata dari saya, tidak perlu memandang pada rupa dan nama di mana tempat kita belajar tapi pandanglah pada kejayaan yang boleh dikecapi untuk diri dan keharuman nama kolej ini.”


Wednesday 4 May 2016

REBUT PIALA KETUA EKSEKUTIF

Oleh: Nurunnadiah


BANDAR PENAWAR, 9 Januari 2016 – Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Siswa (HES) dan Majlis Perwakilan Pelajar 2015/2016 INSTEDT telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Ketua Eksekutif & Kejohanan Badminton Piala Timbalan Ketua Eksekutif bertempat di Kompleks Sukan dan Komuniti Bandar Penawar. Menurut Jawatankuasa Pelaksana, En Azuan Sulaiman, kedua-dua Piala Kejohanan ini julung kalinya diadakan di INSTEDT dan bertujuan untuk memupuk budaya semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa selain merapatkan hubungan di antara mereka. Pertandingan ini merupakan perlawanan di antara Jabatan-Jabatan Akademik INSTEDT. Oleh itu, setiap Jabatan perlu menghantar wakil bagi kedua-dua pertandingan, iaitu penyertaan Kategori Lelaki dan Perempuan bagi Kejohanan Badminton, serta Kategori Lelaki bagi Kejohanan Futsal. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Puan Anikhoh Rusda Kamarulzaman selaku Pengurus Hal Ehwal Siswa INSTEDT. Piala Kejohanan Badminton Piala Timbalan Ketua Eksekutif telah dirangkul oleh Jabatan Usahasama UiTM bagi kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan. Manakala Piala Kejohanan Futsal Piala Ketua Eksekutif telah diraih oleh Jabatan Sains Komputer.






SEMINAR PENCEGAHAN RASUAH

Oleh : Noorain Rahman


INSTEDT, 24 Februari 2016- Seminar Pencegahan Rasuah telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Siswa INSTEDT bertempat di Bilik Kuliah 16. Seminar yang berlangsung selama dua jam tersebut telah disampaikan oleh Tuan T. Chandra Segar daripada Unit  Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif INSTEDT, Prof. Dr. Mat Jizat bin Abdol. Seminar ini telah dihadiri oleh kakitangan dan pelajar-pelajar INSTEDT. Dengan moto Bebas, Telus dan Profesional, penceramah telah menekankan tentang bahayanya rasuah yang berlaku dalam kalangan pekerja yang berkenaan dengan tugas-tugas rasmi. Hal ini kerana rasuah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri sendiri, malah keluarga, organisasi dan negara juga turut terancam.

CAMERON HIGHLANDS PAMER BAKAT PELAJAR PERHOTELAN DAN PELANCONGAN

Oleh : Fazy Fazlya


CAMERON HIGHLANDS, 23-25 Januari 2016  - Seramai 43 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 4 Diploma Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan, bersama empat orang pensyarah pengiring telah menganjurkan satu aktiviti ke Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang. Aktiviti ini yang dikenali dengan ‘Short Vacay to Cameron Highlands’ merupakan gabungan usaha antara pelajar yang mengambil kursus Pengurusan Acara dan Teknik Pemandu Pelancong. Selain itu, program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan kedua-dua kursus tersebut yang wajib diambil oleh semua pelajar Semester 4 bagi mendedahkan teknik, gaya pengendalian dan tanggungjawab sebenar seorang pemandu pelancong.  Aktiviti ini yang diketuai oleh Hasimatulaina Binti Naim bersama ahli jawatankuasa yang lain telah ditugaskan merancang beberapa aktiviti menarik sepanjang berada di Cameron Highlands. Antaranya ialah lawatan ke Ladang Teh, Taman Agro Teknologi,  Cactus Valley, Shahrol Agro Strawberry Farm, Ee Feng Gu Bee Farm dan Arked Peladang Lavender Garden. Di setiap lokasi lawatan, beberapa orang pelajar daripada kursus Teknik Pemandu Pelancong ditugaskan untuk menerangkan tentang lokasi yang dilawati kepada semua pelajar. 

ALUMNI BERJAYA

MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZLAN
By: Noor Aishah

I’ve secured a place in the tourism industry after I completed my diploma programme in Tourism Management at INSTEDT. Now I’m working as a Customer Service Officer at POTO Travel and Tours. My best achievement at INSTEDT was when I received the Chief Executive Award and Diploma in Tourism Management Best Student Award.






MUHAMMAD NAZHIF REDZA BIN MUHAMMAD NAZRI
By: Fatin Aqilah

  I was a student in Diploma in Media Graphic Digital at INSTEDT and it is proven that INSTEDT students are competitive and capable to meet the current demands of employers. I’ve been accepted to work at Percetakan Puncak Gemilang, a publishing company in Kluang as a graphic designer based on my good performance throughout my practical training at the company even though my graduation will only be in this end of 2015.





NOOR RASHIDAH BI BINTI ISMAIL
By: Rozimah

I was accepted to work as an assistant accountant at Felda Johor Bulkers, the same place where I did my practical training and at the same time I received another job offer as an assistant accountant at IOI Edible Oil.  I’ve chosen to work at IOI Edible Oil to gain more knowledge and experiences in the accounting field. Besides that, I’ve also applied to further my studies in Accounting at bachelor’s level.







SARASWATHI A/P MUNIANDY
By: Rozimah

         
I had undergone two months of practical training at a corporate company Kulim (Malaysia) Berhad and now I’m working in the accounting department at the same company. INSTEDT has inspired me to move forward though I don’t have any experiences in the plantation field. I’m furthering my studies at the bachelor’s level next year. Thank you INSTEDT.








NURUL AIKA BINTI CHE KAMARUDIN
By: Fahmi Jaes
 
          I was a former Diploma in Office Management and Technology student at INSTEDT and now working as a secretary at the Human Resource Ministry in Putrajaya. The courses that I took at INSTEDT such as Note Taking, Records Management, Personality Development and Interpersonal Skills have helped me a lot in dealing with my daily working tasks.





LATIFAH BINTI SAHAK
By: Fahmi Jaes

I graduated with a Diploma in Office Management and Technology from INSTEDT and currently working as assistant administrative officer at Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Knowledge that I gained from course such as Document Processing that exposed me to typing skills is really useful and applicable to my current working needs. Overall, the knowledge I gained when I was studying at INSTEDT is useful and practicable to my current working needs. May INSTEDT produce more successful graduates who can contribute to the development of the nation.



AHMAD BIN ALI AFFANDI
By: Hidayah
I’m a nursing graduate from INSTEDT and now working as a nurse at Kluang Utama Specialist Hospital (KUSH). INSTEDT offers variety of programmes that can cater the demands of current working sectors. Apart from that, INSTEDT also produces many successful graduates as its syllabus is at par with other higher learning institutions in Malaysia. The facilities and infrastructures are good and the environment is conducive for learning. Experienced, committed, helpful and friendly lecturers allow the students to study and exchange ideas comfortably.



NOOR HANIZA BINTI MAGIN
By: Hidayah


I’m a nursing graduate from INSTEDT and now working as a staff nurse at a hospital in Kempas. INSTEDT offers variety of programmes that can cater the demands of private sectors. It produces successful graduates both in academic and co-curriculum.









SUHAILA BINTI  HAMZAH
Oleh: Che Wa

Berasal dari Kampung Tanah Putih, Tanjung Sedili Kota Tinggi, Johor. Gadis ini berusia 21 tahun. Beliau telah mengikuti pengajian selama 6 semester di peringkat diploma dalam bidang pengajian Islam di INSTEDT sejak sesi Jun 2012.  Seperti rakan-rakan sekuliah yang lain, beliau juga telah mengikuti sesi latihan industri pada semester ke-6. Kualiti siswi  yang cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kolej ini berjaya menarik perhatian Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi, Johor untuk melamarnya sebagai kakitangan. Sebaik sahaja tamat tempoh latihan industri beliau memulakan tugas di Bahagian Undang-undang Syariah di Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi. Sepanjang pengajian di INSTEDT beliau pernah meraih Anugerah Eksekutif sebanyak tiga kali. Anugerah tersebut diraih atas kejayaan meraih keputusan melepasi CGPS 3.50 ke atas. Sepanjang pengajiannya di INSTEDT . Sebagai individu yang positif dan bermotivasi, beliau berhasrat menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Kaunseling Islam di masa depan.




SEKAPUR SIREH BULETIN EDISI KE-10 INSTEDT

Ucapan Kata Aluan,
Prof. Madya Dr. Hj. Mat Jizat Bin Abdol
Ketua Eksekutif
Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim

Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi bertemu lagi dalam Buletin INSTEDT Edisi ke-10. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan baik. Saya selaku Ketua Eksekutif INSTEDT ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada para graduan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun setengah di sini. Jutaan tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan seluruh kaum keluarga yang telah memberikan sokongan dan dokongan atas kejayaan anak-anak mereka dalam pengajiannya di INSTEDT.  INSTEDT sebagai sebuah kolej bumiputera telah melahirkan graduannya yang berkualiti setaraf dengan keperluan pekerjaan masa kini dan setaraf dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Hal ini terbukti pada tahun 2015 ini sahaja seramai 308 orang pelajar telah menamatkan pengajian diploma mereka di INSTEDT dalam bidang masing-masing.

Pada tahun 2015 ini juga seramai 65 orang pelajarnya telah mendapat Anugerah Graduan Cemerlang dan tiga orang dianugerahkan Anugerah Khas Pengerusi.  Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.   Selain itu, saya ingin memaklumkan juga bahawa INSTEDT telah mengekalkan pencapaian Gred A hasil penilaian Audit Kualiti Akademik Kolej-Kolej Bersekutu daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun 2010 hingga 2015 ini. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan kolej dan semua warga INSTEDT atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semoga prestasi pencapaian ini dapat terus dikekalkan.


Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menerbitkan dan menjayakan penerbitan Buletin edisi kali ke-10 ini. Dengan kesinambungan penerbitan buletin ini, saya yakin semua warga INSTEDT dan masyarakat luar  dapat berkongsi info terhadap perkembangan aktiviti yang merupakan wadah bagi warga INSTEDT mencetuskan idea untuk dikongsi bersama.

CATATAN EDITOR



Salam Hormat,

Tahun 2015 telah melabuhkan tirainya tatkala tersingkapnya tahun 2016. Syukur Alhamdulillah Buletin edisi ke-9 telah diterbitkan dan menyusul pula Buletin edisi ke-10.Pelbagai cerita, berita, pencapaian, evolusi berlaku setiap masa dan ketika bagi menampakkan refleksi yang berbeza namun  tidak akan terlepas daripada garapan unit Buletin untuk menerbitkannya.  Setiap jalan cerita yang dilakonkan oleh manusia hanyalah sekadar medium mengimplementasikan sesuatu yang telah terancang.  Jadi, marilah sama-sama kita renungkan dan  perbaiki diri untuk kita jadikannya sebagai pemangkin ke arah transformasi yang lebih berjaya dan berkualiti.  Introspeksi diri mampu menjadikan kita lebih matang dan lebih baik dari semalam.  Segala kekurangan dan kesilapan dalam Buletin edisi ke-10 ini saya dahulukan dengan ribuan kemaafan.

Selamat Membaca.

Zuraini Binti Othman
Editor Buletin

SIDANG REDAKSI BULETIN EDISI KE-10

:: PENASIHAT::
PROF. MADYA DR HJ MAT JIZAT BIN ABDUL
:: KETUA PENERBIT::
ENCIK HUSSIN BIN CHE PA
:: EDITOR I ::
ZURAINI BINTI OTHMAN
:: EDITOR II ::
NURAISAH BINTI ABDUL RAHMAN
:: GRAFIK ::
RENDRA IRWAN BIN RUDY
:: EDARAN DAN PROMOSI ::
SARAHLINA BINTI ADAM RAFIK THIAGARAJAH
:: KETUA WARTAWAN ::  
NOORAZIERA AKMAL BINTI SUKAOR
:: WARTAWAN DAN JURU FOTO ::
NAJWA BINTI MOHD SALLEH
ROZIMAH BINTI MOHD SAHAARI
NUR HIDAYAH BINTI MAZLAN
NADIAH BINTI SHAMSUDDIN
FATIN AQILAH BINTI MOHD ISHAK
NOOR AISHAH BINTI ABU BAKAR
MOHD FAHMI BIN JAES
NURNNADIAH BINTI BAHAROM

JANGAN BERSEDIH, TERUS POSITIF!

Oleh: Zulkifli Bin Zaini

1. Latih minda melupakan kenangan pahit
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.  Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang sikap risau
Ada dua kesan dari sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar rajin bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar menjadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.

PERKAMPUNGAN ZAFANA DI TANJUNG SEPANG, BEACH RESORT

Oleh: Zuraini Binti Othman


22 Oktober 2015, Tanjung Sepang, Pengerang- Persatuan Zapin (Pezapin) telah melaksanakan satu program kebudayaan dan merakyatkan seni.  Objektif program adalah untuk mendekatkan diri peserta tentang zapin dan kebudayaan Melayu.  Program yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh pelbagai peringkat umur dan terbuka kepada semua.  INSTEDT telah menghantar 10 orang pensyarah dan 10 orang pelajar bagi menjadi peserta dalam program itu.  Program ini dapat mendekatkan diri peserta kepada seni tarian Melayu dan mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah dan asal usul tarian zapin ini. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Negeri Johor iaitu Encik Abdul Hamid Bin Hj. Muhammad.





PERSEMBAHAN PROJEK AKHIR (PEPA)

Oleh: Zuraini Othman

9 September 2015, INSTEDT- Seramai 60 orang pelajar yang mengambil subjek Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan(PEKEKWA) telah membuat persembahan akhir di lobi kolej.  Persembahan ini adalah untuk melengkapkan tugasan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini.  Persembahan ini terdiri daripada pelbagai jenis tarian yang terdapat di Malaysia.  Antara tarian-tarian yang dipersembahkan ialah Joget, Zapin, Sumazau, Endang, Jawa, dan Dikir Barat.  Persembahan ini terdiri daripada para pelajar semester 4 dari pelbagai program yang dibimbing oleh  Penasihat Persatuan ini iaitu Puan Zuraini Binti Othman dan Encik Zulkifli Bin Zaini.








LASER RADIAL WOMEN BUKTI KEHEBATAN AKMAR

 Oleh: Noor Aishah

17-20 September 2015, Mersing - Satu pertandingan pelayaran KFC-FELDA JOHOR OPEN REGATTA 2015 anjuran Persatuan Pelayaran Johor telah diadakan di Tanjung Leman, Mersing. Pertandingan yang disertai seramai 150 orang ini telah menarik minat salah seorang pelajar INSTEDT daripada Program Diploma Pengurusan Perhotelan, Nurul Izzatul Akmar Binti Muhd Ruzaimi dan  telah memasuki kategori dan berjaya merangkul tempat kedua.




Tuesday 3 May 2016

DIPLOMA MEDIA GRAFIK PROGRAM BERKELULUSAN PENUH

Oleh: Fatin Aqilah


23-24 September 2014, INSTEDT-  Sukacitanya dimaklumkan bahawa salah satu program baharu yang ditawarkan di INSTEDT, iaitu Program Diploma Grafik Media Digital telah mendapat pengesahan Perakuan Akreditasi pada 27 Januari 2015 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA).  Sesi lawatan penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Diploma Grafik Media Digital telah diwakili oleh panel penilai MQA yang terlibat adalah En Jafni Yusof dan Pn Siti Syamsul Nurin binti Mohd Yazam. Sesi penilaian akreditasi ini juga adalah dengan kerjasama para pensyarah yang mengajar, para pelajar Program Diploma Grafik Media Digital serta pihak kolej.  Akreditasi ini merupakan perakuan bahawa diploma yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan. Diharapkan Program Diploma Grafik Media Digital terus menjadi pilihan berdasarkan kualiti, kelengkapan fasiliti, proses pembelajarannya yang menarik dan peluang kerjaya yang luas.

JELAJAH PULAU TIOMAN

Oleh: Noor Aishah


5-6 September 2015, PULAU TIOMAN - Seramai 60 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan bersama 2 orang pensyarah pengiring telah menyertai aktiviti ke Pulau Tioman pada. Aktiviti ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan subjek Rekabentuk Pelancongan yang wajib diambil oleh semua pelajar semester 5 bagi program Diploma Pengurusan Pelancongan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para peserta telah bermalam di Idaman Beach Holiday Resort. Selain didedahkan dengan kaedah pengurusan pakej pelancongan, mereka juga berpeluang melakukan aktiviti air seperti snorkeling, island hoping dan barbeku.

SAMBUTAN MERDEKA

Oleh: Nuraisah

27 Ogos 2015, INSTEDT- Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia adalah antara program yang dianjurkan saban tahun oleh Hal Ehwal Siswa (HES) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) INSTEDT. Program ini telah dijalankan dari 27 Ogos hingga 16 September 2015. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memeriahkan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan yang paling utama adalah untuk memberi kesedaran akan erti kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini. Maklumat mengenai perjalanan mencapai kemerdekaan juga telah ditekankan dalam sambutan kali ini untuk keseluruhan warga kolej INSTEDT. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran dan jualan, kad ucapan kemerdekaan, simbolik kemerdekaan, tayangan kemerdekaan dan aerobik merdeka. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Puan Anikhoh Rusda binti Kamarulzaman selaku Pemangku Pengurus HES.


EKPEDISI MENAWAN GUNUNG LEDANG

Oleh: Noor Aishah


21-23 Ogos 2015, Ledang - Seramai 37 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan, bersama 5 orang pensyarah pengiring telah menyertai misi menawan Gunung Ledang.  Program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan subjek Pengurusan Acara yang wajib diambil oleh semua pelajar semester 4 bagi kedua-dua program tersebut. Dalam program ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya taklimat camp craft outdoor recreation, jenis ikatan tali dan pertandingan ikatan dan simpulan.

FELDA ULU TEBRAU KOMUNITI SASARAN

Oleh: Nadiah Shamsuddin

19 Ogos 2015, Felda Ulu Tebrau - Duta Jauhar merupakan sebuah program Kerajaan Negeri Johor  di bawah perlaksanaan Yayasan Pelajaran Johor yang melibatkan penyertaan Mahasiswa Anak Johor daripada 13 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia termasuk pelajar-pelajar Diploma Kejururawatan INSTEDT. Program cetusan idea YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor ini adalah bertujuan untuk membangunkan sosio ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa. Mahasiswa ini telah berkampung selama 3 hari, 4 malam di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, beramah mesra dengan penduduk Felda ini sekaligus meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan. Program ini juga mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MPJBT, Pejabat Kawalan Vektor dan Alam Sekitar Pejabat Kesihatan Ulu Tebrau, Sawari Felda, IM4U, remaja – remaja  kampung dari Sekolah Menengah Ulu Tebrau dan penduduk kampung serta individu-individu yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

REWANG RAMADHAN

Oleh: Nuraisah


7 Julai 2015, Bandar Penawar- Edaran Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Hal Ehwal Siswa (HES) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) INSTEDT. Pihak Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar telah turut serta menjayakan aktiviti memasak bubur lambuk. Edaran bubur lambuk telah diadakan di Lobi INSTEDT Aras 2, dan turut diedarkan ke semua kediaman siswa/siswi dan semua kakitangan INSTEDT. Program ini telah diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara pelajar dan kakitangan INSTEDT. Majlis berbuka puasa pula telah diadakan di Kediaman Kolej Delima dengan kerjasama pihak asrama dan seramai 200 orang telah terlibat sama.

PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM MENJALANI PROSES PENILAIAN MQA UNTUK AKREDITASI PENUH

Oleh: Najwa Mohd Salleh

INSTEDT, 8- 9 Jun 2015- Pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah melakukan penilaian terhadap Program Diploma Pengajian Islam baru-baru ini untuk mendapatkan akreditasi penuh bagi program tersebut.  Ia berlangsung pada 8hb Jun 2015 hingga 9hb Jun 2015. Pihak pengurusan INSTEDT, para pensyarah dan pelajar yang terbabit telah memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan proses ini. Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT ) mula menawarkan program Diploma Pengajian Islam sejak sesi Jun 2012. Program ini ditawarkan oleh Jabatan Bahasa dan Pengajian Islam INSTEDT dengan 96 jumlah jam kredit. Sebanyak 71% kandungan kursus bertaraf major, 12.5% bertaraf minor, 13.5% bertaraf wajib MQA dan 3% bertaraf wajib kolej. Selain kursus-kursus teras pengajian Islam yang bersifat major, program ini turut menawarkan kursus yang bersifat semasa (minor) seperti Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat, Pengurusan Pejabat, Pengantar Perakaunan dan Sistem Perakaunan Berkomputer . Kursus Keusahawanan Islam juga ditawarkan bagi mendedahkan pelajar kepada dunia keusahawanan. Program ini dirangka sedemikian adalah bertujuan menawarkan  ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam lapangan kerjaya kelak. Latihan Industri juga diwajibkan bagi setiap pelajar mendalami pengalaman realiti dunia pekerjaan. Kerjaya Graduan Diploma Pengajian Islam dijangka dapat menceburi pelbagai bidang sebagai penolong pegawai, pendakwah, perunding pembangunan insan, penolong pegawai hal ehwal Islam, guru (di tempat yang tidak memerlukan kelulusan di bidang pendidikan), penulis karya kreatif dan lain-lain di sektor kerajaan dan swasta. Kelayakan masuk ke program ini adalah lulus SPM atau setaraf dengannya, kepujian dalam 3 mata pelajaran (dan lulus mata pelajaran bahasa Arab atau satu mata pelajaran Pengajian Islam) atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan.